Monday, June 4, 2018

PENUBUHAN YAYASAN

Menurut Wikipedia, “Sebuah yayasan merupakan pertubuhan bukan untung yang sah di sisi undang-undang. Yayasan mungkin juga dan biasanya mempunyai tujuan beramal. Pertubuhan bukan untung jenis ini mungkin sama ada memberikan dana atau menyokong organisasi lain, atau menyediakan sumber tunggal bagi aktiviti-aktiviti amalnya.” Namun begitu, menubuhkan yayasan bukanlah sebuah tugas yang mudah. Menubuhkan yayasan boleh menjadi satu perihal yang membebankan dan mengelirukan.

Langkah-Langkah penting

Bagi menubuhkan sesebuah yayasan, beberapa langkah hendaklah diambil terlebih dahulu. Antara langkah tersebut termasuklah memohon kelulusan Menteri di Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kepenggunaan (KPDNKK) bersama kertas kerja yang lengkap dan diserahkan ke SSM terlebih dahulu untuk pertimbangan. Sekiranya dipersetujui dan diluluskan oleh menteri, satu sijil akan dikeluarkan untuk menandakan proses penubuhan yayasan boleh diteruskan.

Keperluan Utama

Antara beberapa perkara yang perlu diambil kira dalam penubuhan yayasan ialah carian nama syarikat di SSM. Hal ini penting kerana nama untuk sesebuah yayasan hendaklah unik dan tidak boleh sama dengan yayasan atau organisasi yang lain. Selepas itu, kertas kerja untuk penubuhan hendaklah dilakukan dan disempurnakan. Terdapat beberapa dokumen yang perlu disahkan oleh beberapa pihak seperti Pesuruhjaya Sumpah, Setiausaha Syarikat dan sebagainya.

Keperluan Tambahan

Sesebuah yayasan seharusnya akan mendapat satu set sijil saham syarikat dan penyediaan dan penggunaan surat CTC Ekspress ke SSM. Selain itu, sesebuah yayasan juga hendaklah mempunyai 1 set buku daftar dan minit berserta kemaskini.

No comments:

Post a Comment

Terkini